benderawpberkibar.jpg

Sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Wilayah Persekutuan 2007, satu konsert akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:

Tarikh: 3 Februari 2007 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Konsert Hari Wilayah 2007 ini akan menampilkan barisan artis-artis terkenal tanahair seperti Mawi, M.Nasir, Lefthanded, Farhan AF4, Haziq AF4, Ekin AF3, Yogi B & Nachatra, S.H.E, Panca Sitara, Betty Benafe, Musly Ramlee, Maya, Aziz Satar dan Yusni Jaafar. Konsert yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL dengan kerjasama Persatuan karyawan akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur, DBKL.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan konsert PERCUMA ini pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan.