road-closed-sign.jpg 

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2007 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Februari 2007 akan diserikan dengan perarakan oleh kontijen-kontijen utama yang melibatkan seramai 5,500 orang peserta.

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan perbarisan dan perarakan tersebut, beberapa siri raptai akan diadakan di Dataran Merdeka dan jalan sekitarnya yang akan melibatkan penutupan beberapa batang jalan.

Berikut adalah butiran penutupan beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka bagi membolehkan acara dilaksanakan:

Nama Jalan:
Jalan Travers ke Jalan Mahameru (hadapan JAWI);
Jalan Kuching susur ke Bulatan Dato’ Onn;
Jalan Dang Wangi / Tuanku Abdul Rahman dilencongkan ke Jalan Esfahan;
Jalan Tun Perak dilencongkan ke Leboh Ampang;
Jalan Hishamuddin (Masjid Negara);
Jalan Raja;
Leboh Pasar Besar;
Jalan Tun Perak persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman;
Jalan Tun Perak 1 hala ke Bulatan Dato’ Onn; dan
Jalan Susur daripada Bulatan Dato’ Onn ke gereja.

Tempoh & Tarikh Penutupan Jalan:
5.30 pg – 12.30 tgh
a. 28 Januari 2007 (Ahad)
b. 30 Januari 2007 (Selasa)
c. 1 Februari 2007 (Khamis)
Jalan Raja ditutup pada 29 Januari 2007 (Isnin)sahaja bermula 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Para pemandu dinasihatkan tidak menggunakan laluan-laluan yang dinyatakan pada waktu dan tarikh tersebut bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalanraya.