cinema.jpg

KUTIPAN FILEM TEMPATAN 2006*
(hingga 9 Januari 2007)

1. CICAKMAN – 5.0 Juta (*masih ditayang)
(pengarah: Yusry Abdul Halim; syarikat: KRU Films)

2. REMP – IT – 4.00 Juta
(Ahmad Idham; Metrowealth)

3. BUJANG SENANG – RM 3.10 Juta
(Razak Mohaideen; Line Clear & KSG )

4. NANA TANJUNG – 2.68 Juta
(Razak Mohaideen, Line Clear & NAJ)

5. BULI BALIK – RM 2.31 Juta
(Afdlin Shauki, Grand Brilliance, Vision Works & Tall Order)
 

6. CINTA – 2.2 Juta
(Kabir Bhatia, Alternate Studio/Grand Brilliance)

7. CASTELLO – RM 1.56 Juta
(Bade Hj Azmi, Nusanbakti & Suhan Movies)

8. DIVA POPULAR – 1.11 Juta
(Erma Fatima, Amazon Entertainment)

9. SENARIO PEMBURU EMAS YAMASHITA – 990,000
(Aziz M Osman, Grand Brilliance)

10. MAN LAKSA – 790,000
(Mamat Khalid, Tayangan Unggul)

11. MAIN – MAIN CINTA – RM 690,000
(Razak Mohaideen, Metrowealth)

12. TIPAH TERTIPU THE MOVIE – 680,000
(Ahmad Idham, Excellent Pictures )

13. GONG – 650,000
(Sandosh Kesavan, Grand Brilliance)

14. TENTANG BULAN – 600,000 (*masih ditayang)
(Ahmad Idham, Metrowealth)

15. GUBRA – 520,000
(Yasmin Ahmad, Nusanbakti)

16. PERSONA NON GRATA – RM 420,000
(Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Nizarman & Tall Order)

17. BILUT – 340,000
(Bade Hj Azmi, Mega Wajasinar )

18. THE RED KEBAYA – 110,000
(Oliver Knott, L’Agenda)

19. MISI: 1511 – 40,000
(Young Juwahir Mohd Idrus, AV Visions)

20. SALAH BAPAK – 39,000
(AR Badul, Nusanbakti)

KUTIPAN TIDAK TERSENARAI:

– THE 3RD GENERATION
(CL Hor; Black Box Pictures)
– ETHIRKAALAM
(C Kumaresan; Super Arts)

– POSSESSED
(Bjarne Wong, Hock Star & 3 Bros (China))

– SEED OF DARKNESS
(Michael Chuah; Dream Image)

TAYANGAN TERHAD:

– CIPLAK
(Khairil M Bahar, Aflam & FYI Creative)

– LOVE CONQUERS ALL
(Tan Chui Mui, Da Huang Pictures)

– S’KALI
(Arivind Abraham, Perantauan Pictures & Asa’ad Entertainment)

– RAIN DOGS
(Ho Yuhang, Focus Films (HK) & Paperheart)

NOTA KAKI WAYANG:

a) Hanya seorang pengarah (Ahmad Idham) muncul dengan 3 filem.

b) Dua pengarah (Bade Hj Azmi dan Razak Mohaideen) masing-masing muncul dengan 2 filem.

c) 10 pengarah muncul dengan filem pawagam mereka yang pertama: Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia, Sandosh Kesavan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Oliver Knott, Young Juwahir Mohd Idrus, CL Hor, C Kumaresan, Bjarne Wong dan Michael Chuah.

d) 2 pengarah muncul dengan filem pawagam yang kedua: Yasmin Ahmad dan Ahmad Idham (yang juga muncul dengan filemnya yang ketiga dan keempat).

e) Hanya 2 pengarah pernah menghasilkan sekurang-kurangnya 10 filem sebelum 2006: Aziz M Osman dan Razak Mohaideen.

f) Hanya dua pengarah wanita tapi 7 pengarah bukan Melayu, namun masih tiada pengarah wanita bukan Melayu.

g) Pengarah yang paling senior ialah AR Badul; filem arahannya yang pertama ialah Guru Badul (1988). Namun filem barunya mendapat kutipan paling rendah.

h) Pengarah dengan jarak paling lama daripada filemnya yang sebelum ini ialah Erma Fatima yang mengeluarkan Embun pada 2002.

i) Saiful Apek membintangi 3 daripada 4 filem di tangga teratas.

j) Fasha Sandha membintangi 4 daripada 6 filem dalam tangga teratas.

k) Syarikat yang paling prolifik ialah Grand Brilliance (4 filem) dan dibuntuti Metrowealth dan Nusabakti (masing-masing 3 filem).

l) Selain bahasa kebangsaan, tahun ini menampakkan 3 filem yang menggunakan majoriti bahasa Cina (Possessed, Seed of Darkness & The 3rd Generation), 1 dalam bahasa Tamil (Ethirkaalam) dan 1 dalam bahasa Inggeris (The Red Kebaya).

m) Amber Chia berlakon dalam ketiga-tiga filem bahasa Cina.

n) Di kalangan filem-filem lain, bahasa yang turut digunakan ialah Thai (Persona Non Grata, Castello), Inggeris (Gubra, Persona Non Grata, Cinta, Bilut, Cicakman) dan Cina (Gubra).

o) Filem yang mewar-warkan bajet yang terbesar (RM3.5 juta) juga filem yang mendapat kutipan kedua paling rendah.

p) Selain Semenanjung Malaysia, tempat lain yang menjadi lokasi penggambaran ialah Kuching (Possessed), Bangkok (Persona Non Grata), Jakarta (Misi:1511), Jogjakarta (Gong),
Brussels (Bilut) dan Metrofulus (Cicakman).

q) 4 filem digambarkan dengan teknologi video HD sebelum dipindahkan ke seluloid: Cinta, Misi:1511, Seed of Darkness & Ethirkaalam.

r) Antara `cameo’ paling mencuit hati ialah Ramlah Ram sebagai dirinya sendiri (Buli Balik), M Daud Kilau sebagai dirinya sendiri (Man Laksa), David Teo sebagai tauke motor (Remp – It), Anita Sarawak sebagai dirinya sendiri (Diva Popular) , Sharifah Aini sebagai hakim (Diva Popular), Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai dirinya sendiri (Bilut), dan biskut Julie sebagai dirinya sendiri (Castello, Tipah Tertipu The Movie & Diva Popular).

s) Walaupun tiada filem yang menggunakan “2” selepas tajuknya, ada beberapa filem yang boleh dianggap sambungan daripada judul lebih awal: Nana Tanjung (lanjutan siri Anak Mami), Gubra (lanjutan Sepet), Buli Balik (lanjutan Buli), Diva Popular (adaptasi Pengantin Popular) , Castello (penggunaan watak yang dicipta dalam Gerak Khas) dan Senario Pemburu Emas Yamashita (siri Senario).

t) Penggunaan haiwan dalam filem termasuklah cicak (Cicakman), anjing (Gubra), harimau, gajah dan itik (Bilut) serta ayam dan lembu (Misi:1511).

u) Filem asing yang banyak berjasa kepada filem tempatan kerana menjadi sumber ilham termasuklah Spider-Man (Cicakman), Love Actually (Cinta), February (Persona Non Grata), Dark Water (Seed of Darkness) dan My Girl (Tentang Bulan).