jmm.jpg

 

SITUASI HUJAN MONSUN TIMUR LAUT TERKINI DI MALAYSIA

(Masa dikeluarkan : 11:30 Pagi, 15 Januari 2007)

 

Keadaan Cuaca Semasa
Monsun timur laut di Laut China Selatan masih aktif. Di Semenanjung Malaysia, hujan lebat yang menyeluruh berlaku di Johor dan Pahang Tenggara berkurangan. Di Sarawak, hujan sederhana lebat didapati berlaku di kebanyakkan Bahagian terutamanya di Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala di negeri Sabah, hujan sederhana lebat didapati berlaku terutamanya di Bahagian Kudat dan Sandakan. Jumlah curahan hujan harian yang direkodkan di stesen-stesen meteorologi negeri-negeri berkenaan dari 7 hingga 14 Januari 2007 untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ramalan
Keadaan hujan lebat yang menyeluruh berlaku di Johor dijangka berkurangan. Manakala hujan sederhana masih dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor terutamanya di Johor Timur sehingga Rabu (17 Januari 2007).

Julai Selasa (16 Januari 2007) hingga Sabtu (20 Januari 2007), keadaan hujan sederhana ebat dijangka berlaku dan tertumpu di negeri Pahang dan Terengganu. Dalam tempoh yang sama, negeri-negeri lain iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat dijangka mengalami ribut petir dan hujan kadangkala lebat terutamanya pada lewat petang dan senja.

Di Sabah terutamanya di Bahagian Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, hujan monsun sederhana lebat masih berlaku dan dijangka berterusan sehingga Sabtu (20 Januari 2007).

Di negeri Sarawak, hujan monsun sederhana lebat dijangka berlaku terutamanya di Bahagian Kuching, Sri Aman, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu, Miri dan Limbang dari semasa ke semasa sehingga hujung minggu ini (20 Januari 2007). Keadaan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dan perairan pantai timur Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah dijangka akan berterusan sehingga Jumaat (19 Januari 2007). Keadaan ombak dijangka berlaku setinggi 3 hingga 4 meter. Sekiranya banjir berlaku, orang awam adalah di minta untuk lebih berhati-hati dan mengikut panduan pihak-pihak berkuasa termasuk maklumat daripada media, radio dan TV. Orang awam juga dinasihatkan mendapatkan maklumat paras air bahaya dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Orang awam juga diminta untuk mematuhi nasihat berpindah oleh pihak berkuasa apabila diminta berbuat demikian.


Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

 

Download full report here.