JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA
FESTIVAL TEATER KANAK-KANAK KUALA LUMPUR
Tarikh : 17 – 21 Mac 2007
Tempat : Kuala Lumpur
Contact : 03-26127 647 / 655
Festival Teater Kanak-Kanak Kuala Lumpur mengenengahkan pementasan teater khusus untuktontonan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Festival ini juga bakal diisi dengan persembahan seni lain seperti puppet, wayang kulit, bercerita, persembahan muzik sebagai selingan dan mewujudkan kemeriahan festival tersebut. Bengkel-bengkel turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk meningkat pengetahuan mengenai teater kanak-kanak. Beberapa aktiviti sokongan program ini turut diadakan di luar Kuala Lumpur (outreach programme) bagi memberi peluang kepada lebih ramai khalayak untuk menyaksikannya.
FESTIVAL GASING MALAYSIA
Tarikh : 21 – 24 April 2007
Tempat : Pahang
Contact : 03-26127 644 / 655
Gasing merupakan sebahagian permainan masyarakat dunia. Terdapat berbagai bentuk dan permainan gasing di dunia yang mempunyai kaitan rapat dengan faktor geografi dan sosial. Festival ini melibatkan Kejohanan Gasing Terbuka Malaysia iaitu pertandingan gasing di antara negeri-negeri di Malaysia dan Persembahan Gasing Jemputan iaitu persembahan permainan gasing oleh negaranegara luar seperti Eropah, Jepun dan Korea.
FESTIVAL GENDANG
Tarikh : 1 – 5 Mei 2007
Tempat : Kelantan
Contact : 03-26127 653 / 655
Gendang merupakan instrumen muzik universal yang dihayati oleh masyarakat berbagai kaum seluruh dunia. Tidak terkecuali, Malaysia juga dikenali dengan kekayaaan dan kepelbagaian jenis alat pergendangan. Warisan seni muzik ini tidak asing di Malaysia dan menjadi kebanggaan semua suku kaum serta penting dalam banyak majlis bersifat kebudayaan. Lantaran gendang dapat diterima oleh khalayak antarabangsa, Festival Gendang akan menjadi medium menyemai keharmonian bersama adunan rentak dan irama yang seiringan dengan aspirasi kesatuan manusia sejagat.
FESTIVAL SILAT SENI
Tarikh : 13 – 16 Jun 2007
Tempat : Kuala Lumpur
Contact : 03-26127 646 / 655
Festival Silat Seni merupakan medan pertemuan pesilat-pesilat Malaysia. Festival ini diisi dengan Pertandingan Silat Seni Peringkat Kebangsaan yang melibatkan penyertaan negeri-negeri di Malaysia manakala Pertandingan Silat Jemputan melibatkan Negara luar seperti Amerika, Eropah dan Asia. Festival ini akan mengenengahkan kekayaan dan keindahan fizikal permainan silat serta memberi penekanan di dalam falsafah persilatan seperti adat, kesopanan, disiplin, kepekaan dan juga ketangkasan minda.
FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR
Tarikh : 1 – 5 Julai 2007
Tempat : Kuala Lumpur
Contact : 03-26127 645 / 655
Festival ini bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengembangan seni muzik antarabangsa dan menyemarakkan genre muzik Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi karya-karya bermutu yang dihasilkan oleh karyawan muzik tanahair. Festival ini akan melibatkan acara seperti Pertandingan Bakat Muda Muzik Malaysia, simposium, pameran dan jualan, bengkel dan demonstrasi, persembahan bergerak (fringe show), beberapa siri konsert dan konsert gala iaitu Barbeque on The Park. Festival ini juga dimuatkan di bawah kalendar Seni dan Budaya iaitu Festival Kuala Lumpur.
FESTIVAL KUALA LUMPUR
Tarikh : 1 – 31 Julai 2007
Tempat : Lembah Klang
Contact : 03-26127 651 / 655
Festival Kuala Lumpur merupakan satu festival yang akan mengenengahkan keindahan dan kepelbagaian unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan tradisi pelbagai kaum untuk tatapan masyarakat umum dan antarabangsa. Festival ini adalah salah satu usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan seni antarabangsa. Festival Kuala Lumpur 2007 akan mempamerkan kekayaan dan keunikan seni dan warisan rakyat Malaysia dalam bentuk kepelbagaian budaya melalui pengisian aktiviti seperti persembahan seni budaya, pameran dan demonstrasi, bazaar dan jualan, lawatan berpandu, tayang filem serta pertandingan. Pelaksanaan kesemua aktiviti tersebut adalah merangkumi bidang seni, budaya dan warisan seperti berikut: seni persembahan, seni tampak, warisan, permainan tradisi, bahasa dan persuratan juga sajian.
FESTIVAL TARI MALAYSIA
Tarikh : 21 – 25 Julai 2007
Tempat : Kuala Lumpur
Contact : 03-26127 656 / 655
Festival Tari Malaysia akan mengenengahkan bakat dan kepakaran koreografer dan kumpulan tari dari seluruh Malaysia dimana para peserta akan menampilkan tarian-tarian tradisional pelbagai kaum dan etnik yang mempamerkan keunikan warisan seni budaya. Persembahan Utama Kumpulan Malaysia akan menampilkan gabungan tarian tradisional dan kontemporari. Tarian Ballet/Jazz akan menampilkan pementasan terbaik kumpulan yang telah mencipta nama di arena antarabangsa dan Persembahan Bakat Muda akan melibatkan generasi muda yang menjadikan festival ini sebagai satu landasan bagi golongan pelapis. Selain itu terdapat juga pameran dan jualan, persidangan, master
class, tayangan video dan persembahan siang (showcases).
PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN
Tarikh : 28 Julai 2007
Tempat : Kuala Lumpur
Contact : 03-26127 645 / 655
Bintang Asli Remaja merupakan program tahunan yang telah diadakan sejak tahun 1996. Ianya bertujuan untuk mengembangkan nyanyian lagu Melayu Asli di kalangan remaja. Program yang bercorak pertandingan ini dikhususkan kepada remaja yang berumur diantara 15 – 25 tahun dan diadakan di peringkat negeri bagi memilih wakil ke peringkat kebangsaan. Dua kategori yang dipertandingkan ialah kategori remaja lelaki dan remaja perempuan.
FESTIVAL KESENIAN RAKYAT MALAYSIA
Tarikh : 18 – 25 Ogos 2007
Tempat : Kuala Lumpur
Contact : 03-26127 660 / 654 / 655
Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini telah menghasilkan keunikan elemen seni dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian etnik telah melahirkan aliran seni yang berbeza sifat dan pengamalnya. Namun, perbezaan yang wujud tidak pernah membataskan kemesraan dan keharmonian seni budaya Malaysia. Festival Kesenian Rakyat Malaysia akan menggabungkan keseluruhan elemen seni yang mewakili daerah dan semua kaum di Malaysia dalam satu persembahan yang unik, menarik dan harmoni. Semuanya akan berpusat di ibu kota pusat seni antarabangsa.
Maklumat lanjut sila hubungi:
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa)
Tingkat 18 & 19, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail,
50694 KUALA LUMPUR
TELEFON : 03-2612 7600
FAKS : 03-2697 5606
E-MEL : kebudayaan@heritage.gov.my
LAMAN WEB : www.heritage.gov.my


![Livorno I (The Tuscany Series) [Explore] Livorno I (The Tuscany Series) [Explore]](http://static.flickr.com/7245/7327014798_46a6694fa2_t.jpg)

3 comments
Comments feed for this article
July 3, 2007 at 2:21 pm
fazilah
put more events and infomation about the offers during the vmy07
April 10, 2008 at 12:32 pm
yanie
I LOve MalaysiA!!!!!!!!!
September 13, 2008 at 11:02 pm
Mary Tan
Hingga mati,I akan CINTA akan Malaysia.