|
CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia: |
| Kuning |
Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan |
| Biru |
Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran |
| |
|
| Merah |
Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. |
| |
|
| Jata Negara |
(Lambang harimau berjuang) Melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. |
| |
|
| Tiga (3) bintang |
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan |
|
| LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN |
| Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan |
| Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya |
Sejahtera dari segi aspek berikut:
- Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti.
- Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat.
- Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan
masyarakat.
- Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang
berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.
- Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi.
- Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat
- Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.
|
| |
|
“MAJU DAN SEJAHTERA”
|
| |
|
Harmoni Wilayah Pertiwi
Semoga Sentiasa Diberkati
Wawasan Hala Pembangunan
Sebagai Semangat Perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju Dan Sejahtera (2X)
Download lagu Wilayah Persekutuan. |
3 comments
Comments feed for this article
July 14, 2007 at 4:43 pm
fikri_kl
bg. la muzik,please…
July 14, 2007 at 4:44 pm
fikri_kl
nape x de org msk laman nie???
February 11, 2009 at 8:43 pm
AZHARI
ALAH WAT BDH JE